I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 19 July 2009

Sinar Baru PIBG SMK Ismail Petra

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Ismail Petra telah mendapat sinar dan suntikan baru dalam usaha menggerakkan secara lebih aktif persatuan itu membantu sekolah menjayakan agenda pendidikan. Dengan pelantikan YDP PIBG yang baru bagi sesi 2009/2011, iaitu YBhg Dato' Hj.Mohd Rozali Ishak, selaku YDP PIBG telah menjadi pemangkin baru ke arah memperkasakan PIBG SMIP menjadi sebuah persatuan yang aktif dan hebat. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang samaa politik, ekonomi mahu pun pengurusan, Ybhg Dato' dilihat mampu menjana kejayaan PIBG SMIP ke arah yang lebih cemerlang. Pengalaman sebagai bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, bekas wakil rakyat, ahli politik yang berkaliber dan sekarang ini menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Cawangan Kelantan menjadikan beliau seorang yang sesuai mengerakkan PIBG SMIP.
Selain beliau, beberapa orang Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru dilantik, dilihat berkemampuan menggerakkan secara bersama PIBG menjadi persatuan yang berperanan dalam membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan. Antaranya, NYDP iaitu En.Mohd Hassany Hashim, Ketua Penolong Pengarah Bahasa JPN Kelantan, En. Ismail Jaafar, Pensyarah IPGM Kampus Kota Bharu.

Monday 6 July 2009

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SMIP 2009/2010 (kali 1/2009)

Mesyuarat AJK PIBG SMIP sesi 2009/2010 kali pertama telah diadakan pada 27 Jun 2009, bertempat di Bilik Gerakan SMK Ismail Petra. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Hj.Mohd Rozali Ishak, selaku Yang DiPertua PIBG SMK Ismail Petra. Mesyuarat turut dihadiri En.Mohd Hassany Hashim selaku NYDP PIBG; Hj.Mohamed Yaacob, Pengetua, En.Makhtar Mustapha, Setiausaha PIBG; Hj.Mohd Ariffin Ibrahim (PK HEM); En.Nik Suhaimi Nik Mat (PK Kokurikulum); En.Rosly, Pn.Mariah Daud, En.Ismail Jaafar (AJK PIBG).
Beberapa agenda penting berkaitan ke arah peningkatan kecemerlangan sekolah telah dibincangkan dan direncanakan bagi digerakkan oleh PIBG SMIP mulai tahun 2009. Antara agenda penting yang telah dibincang dan diambil kata putus di dalam mesyuarat berkenaan ialah:
i. PIBG bersetuju merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak semua (pentadbir & guru-guru) atas beberapa pencapaian cemerlang sekolah sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

ii. Mewujudkan beberapa biro kecil ke arah memantapkan aspek pengurusan PIBG, iaitu:

a. Biro Akademik - dipengerusi oleh En.Mohd Hassany Hashim (NYDP)
b. Biro Ekonomi - dipengerusi oleh En. Fauzi Ismail (AJK)
c. Biro Kebajikan - dipengerusi oleh Pn.Siti Hawa Muhammad (PK Pentadbiran)
iii. Mengadakan Jamuan Laksa untuk mengumpul dana PIBG
iv. Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 52 dan pelancaran konsep 1Malaysia