I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 23 August 2009

PIBG SMIP di dalam Berita Harian

PIBG SMIP telah mengambil langkah proaktif dalam menangani wabak selesema babi (influenza H1N1) yang sedang merebak di seluruh negara masa kini. Langkah segera PIBG SMIP dengan mengedarkan topeng muka percuma kepada semua pelajar sekolah, dilihat sebagai satu langkah awal pencegahan influenza itu merebak. Melalui usaha bersama YDP PIBG dan AJKnya telah berjaya memperolehi sumbangan daripada MUBARAK Kelantan untuk membiayai sebahagian pembelian topeng muka untuk diagihkan kepada warga sekolah. Usaha murni PIBG SMIP mendapat sokongan daripada Pengetua sekolah dan pihak Jabatan Pelajaran Kelantan sendiri. Inisiatif yang baik tersebut telah mendapat perhatian pihak akhbar Berita Harian untuk membuat liputan sewaktu majlis penyerahan topeng muka oleh YBhg Dato' Hj.Mohd Rozali Ishak, YDP PIBG SMK Ismail Petra, yang telah berlangsung pada 13 Ogos 2009, bertempat di dewan sekolah. Majlis itu turut dihadiri oleh En.Mohd Hassany Hashim, mewakili JPN Kelantan.

Gambar: YDP PIBG sedang memakaikan topeng muka kepada salah seorang pelajar sambil diperhatikan oleh wakil JPN dan Pengetua.

Wednesday 12 August 2009

Barisan Kepimpinan AJK PIBG SMIP 2009/2011




Duduk (dari kanan): Dato' Hj.Rozali Hj.Ishak (YDP PIBG), Hj.Mohamed Yaacob (Pengetua)


Berdiri depan (dari kanan): En.Mohd Hassany Hashim (NYDP PIBG), En.Ismail Jaafar (AJK), En.Mat Junoh Yaacob (Guru), Hj.Mohd Ariffin Ibrahim (PK HEM), Pn.Siti Hawa Muhammad (PK Pentadbiran), Pn.Norhayati Hassan (AJK), Wan Jah Wan Yusoff (Guru), Pn.Che Zainab Abdullah (AJK), Pn.Norizan Abdullah (Guru)


Belakang (dari kanan): En.Makhtar Mustapha (SU PIBG), En. Rozi Sulaiman (AJK), En.Mohd Fouzi Daud (Guru)

Wednesday 5 August 2009

PIBG...Pemangkin Kecemerlangan Sekolah

Menyedari hakikat bahawa tuntutan pendidikan semakin kompleks masa kini, penglibatan langsung ibu bapa dan guru dalam program pendidikan perlulah digemblengkan secara terancang dan berfokus. Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah pemangkin dan pelengkap program sekolah dalam usaha menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Jalinan kerjasama yang erat antara pentadbir sekolah dengan pemimpin PIBG adalah kekuatan kepada usaha menggemilangkan sesebuah sekolah.
Rasional Penubuhan PIBG
Pengurusan sekolah akan menjadi lebih berkesan dengan penglibatan PIBG secara berfokus dan terancang. Jalinan kerjasama erat antara pentadbir sekolah dengan peneraju PIBG akan meyakinkan semua warga sekolah dan waris pelajar bagi membawa kejayaan gemilang kepada sekolah. Kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab akan memberi impak yang memberangsangkan ke atas kecemerlangan sekolah.

Falsafah Penubuhan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah komponen penting untuk membantu merealisasikan wawasan sekolah. Peranannya sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan sekolah sebagai pusat institusi masyarakat hendaklah diterjemahkan melalui program peningkatan sekolah. Dalam semua keadaan program dan tindakan PIBG hendaklah menjadi pelengkap kepada program sekolah.
Matlamat Penubuhan PIBG
PIBG mempunyai matlamat untuk berfungsi sebagai agen pembantu kepada semua program peningkatan sekolah di samping menyediakan prasarana perhubungan yang mantap antara waris dan semua peringkat pengurusan pimpinan sekolah.