I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 5 August 2009

PIBG...Pemangkin Kecemerlangan Sekolah

Menyedari hakikat bahawa tuntutan pendidikan semakin kompleks masa kini, penglibatan langsung ibu bapa dan guru dalam program pendidikan perlulah digemblengkan secara terancang dan berfokus. Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah pemangkin dan pelengkap program sekolah dalam usaha menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Jalinan kerjasama yang erat antara pentadbir sekolah dengan pemimpin PIBG adalah kekuatan kepada usaha menggemilangkan sesebuah sekolah.
Rasional Penubuhan PIBG
Pengurusan sekolah akan menjadi lebih berkesan dengan penglibatan PIBG secara berfokus dan terancang. Jalinan kerjasama erat antara pentadbir sekolah dengan peneraju PIBG akan meyakinkan semua warga sekolah dan waris pelajar bagi membawa kejayaan gemilang kepada sekolah. Kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab akan memberi impak yang memberangsangkan ke atas kecemerlangan sekolah.

Falsafah Penubuhan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah komponen penting untuk membantu merealisasikan wawasan sekolah. Peranannya sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan sekolah sebagai pusat institusi masyarakat hendaklah diterjemahkan melalui program peningkatan sekolah. Dalam semua keadaan program dan tindakan PIBG hendaklah menjadi pelengkap kepada program sekolah.
Matlamat Penubuhan PIBG
PIBG mempunyai matlamat untuk berfungsi sebagai agen pembantu kepada semua program peningkatan sekolah di samping menyediakan prasarana perhubungan yang mantap antara waris dan semua peringkat pengurusan pimpinan sekolah.

No comments:

Post a Comment